DUNIA > BERITA

CHINA IKRAR PERKUKUH KERJASAMA DENGAN AZERBAIJAN, KAZAKHSTAN

26/03/2026 03:12 PM

BOAO, 26 Mac(Bernama-CMG) -- Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC), Zhao Leji mengadakan pertemuan secara berasingan dengan Speaker Milli Majlis Azerbaijan, Sahiba Gafarova dan Timbalan Perdana Menteri Pertama Kazakhstan, Roman Sklyar di luar persidangan tahunan Forum Asia Boao (BFA) di provinsi Hainan pada Rabu.

Dalam pertemuan dengan Gafarova, Zhao berkata China bersedia bersama-sama Azerbaijan untuk menyemarakkan tradisi persahabatan, memperluas kerjasama ekonomi, perdagangan dan pelaburan, memperkukuh kesalinghubungan, merancakkan pertukaran sesama rakyat dan mendorong pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan. 

Sementara itu, Gafarova berkata penganjuran BFA mencerminkan peranan penting China dalam menggerakkan dialog dan kerjasama. 

Azerbaijan bersedia memperkasa kolaborasi dengan China dalam pelbagai bidang dan memperdalam pertukaran antara badan perundangan, katanya.

Ketika bertemu Sklyar, Zhao menyuarakan kesediaan China untuk bersama-sama Kazakhstan menumpukan kepada kerjasama berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), memperkaya konotasi pertukaran sosiobudaya serta melonjakkan hubungan dua hala ke tahap lebih tinggi. 

Sklyar pula menyatakan bahawa hubungan Kazakhstan-China bertambah kukuh di bawah bimbingan strategik pemimpin kedua-dua negara. 

Kazakhstan ingin memperkukuh kerjasama dengan China dalam bidang perundangan, ekonomi, perdagangan, tenaga dan lain-lain sambil terus memajukan hubungan bilateral, kata beliau.

–BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan