CARACAS, 29 Mac (Bernama-Xinhua) -- Presiden Venezuela Nicolas Maduro berkata pada Sabtu dalam catatan media sosial bahawa dia dan isterinya, Cilia Flores, "baik, kuat (firm) dan tenang", dua hari selepas perbicaraan mahkamah di New York, lapor Xinhua.
Dalam pesanan yang disiarkan pada akaun Telegram dan X rasminya, Maduro dan Flores berkata bahawa "kini lebih daripada sebelumnya", adalah perlu untuk "terus menyepadukan keamanan negara, perpaduan nasional, perdamaian, pengampunan dan penyatuan semula dalam kalangan semua".
“Tiada sesiapa pun harus menyimpang daripada laluan dialog, kewujudan bersama dan hormat,” kata pasangan itu dalam mesej itu, kenyataan umum pertama mereka sejak ditangkap di Caracas pada Januari.
Pada 3 Jan, pasukan tentera AS melancarkan operasi besar-besaran terhadap Venezuela dan secara paksa menangkap Maduro dan isterinya sebelum membawa mereka ke New York.
Pada 5 Jan, Maduro membuat penampilan pertamanya di mahkamah di New York dan beliau mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan AS terhadapnya.
Maduro hadir semula di hadapan mahkamah yang sama pada Khamis dan hakim menafikan usulnya untuk menolak kes itu.
-- BERNAMA-XINHUA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial