VIENTIANE, 29 Mac (Bernama-Xinhua) -- Pihak berkuasa Laos mengeluarkan amaran cuaca panas hingga sangat panas di seluruh negara, sambil menggesa orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga susulan suhu dijangka mencecah setinggi 40 darjah Celsius, lapor Xinhua.
Sistem tekanan cuaca rendah sederhana hingga kuat, digabungkan dengan angin barat, sedang mempengaruhi kebanyakan kawasan negara itu, menurut laporan yang dikeluarkan pada Ahad oleh Jabatan Meteorologi dan Hidrologi, sambil menjelaskan keadaan itu dijangka membawa cuaca panas meluas dengan jerebu kering berterusan sepanjang hari.
Beberapa wilayah diramalkan mengalami suhu puncak sehingga 40 darjah Celsius, katanya.
Pihak berkuasa turut memberi amaran mengenai peningkatan risiko berkaitan cuaca panas melampau, termasuk strok haba, bahaya kebakaran serta kemungkinan litar pintas.
Jabatan itu menasihatkan penduduk agar mengehadkan aktiviti luar dalam tempoh yang lama, kekal terhidrat dan sentiasa peka terhadap perubahan keadaan cuaca.
-- BERNAMA-XINHUA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial