ISTANBUL, 30 Mac (Bernama-Anadolu) -- Misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) pada awal Isnin memaklumkan bahawa seorang anggota pengamannya maut manakala seorang lagi cedera parah selepas sebutir projektil meletup pada Ahad malam di satu daripada pos pasukan itu di selatan Lubnan.
Menurut pasukan itu, letupan berlaku berhampiran Adshit al-Qusayr di daerah Marjayoun, lapor Anadolu Ajansi.
“Kami tidak mengetahui dari mana projektil itu ditembak. Kami telah melancarkan siasatan bagi menentukan semua keadaan yang berlaku,” menurut pasukan itu di platform X.
Ia menambah bahawa serangan yang disengajakan terhadap anggota pengaman merupakan “pelanggaran serius undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan Resolusi 1701 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu” serta boleh dianggap sebagai jenayah perang.
Menurut Agensi Berita Nasional Lubnan (NNA), tembakan artileri Israel menyasarkan ibu pejabat kontinjen Indonesia yang berkhidmat bersama pasukan PBB di Adshit al-Qusayr.
-- BERNAMA-ANADOLU
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial