EKONOMI > BERITA

APAD JOHOR BAHRU GANTUNG LESEN OPERASI KARGO XIN HWA

05/11/2024 07:11 PM

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) Johor Bahru menggantung lesen pengendali kenderaan barangan anak syarikat pengangkutan kargo Xin Hwa Holdings Bhd (Xin Hwa).

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat pengangkutan itu berkata anak syarikatnya, Xin Hwa Trading & Transport Sdn Bhd (XHTT) menerima notis APAD berhubung penggantungan itu pada 4 Nov 2024.

“Penggantungan itu berkuat kuasa pada 13 Nov 2024 hingga 10 Feb 2025 atau sehingga XHTT berjaya mematuhi sepenuhnya Kod Amalan Keselamatan Industri (ICOP-Keselamatan),” katanya.

Sepanjang tempoh penggantungan, XHTT tidak dibenarkan beroperasi atau menyediakan sebarang perkhidmatan menggunakan kenderaan yang tertakluk kepada terma lesen operasinya.

XHTT akan mengemukakan rayuan rasmi berhubung penggantungan itu dan berharap ia akan ditarik balik secepat mungkin bagi membolehkan syarikat itu kembali beroperasi tanpa mengabaikan piawaian keselamatan.

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan