KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Bank Simpanan Nasional (BSN), Permodalan BSN Bhd (PBSNB), mengumumkan pengagihan pendapatan akhir dan interim sebanyak 1.60 sen seunit berjumlah RM4.1 juta untuk Amanah Saham Bank Simpanan Nasional Bhd (ASBSN) berkuat kuasa 30 Nov, 2024.
PBSNB dalam satu kenyataan hari ini berkata pengagihan itu bersamaan dengan hasil pembayaran 7.6 peratus.
“Setakat pada tahun ini, dana itu telah mencatatkan peningkatan modal sebanyak 10.6 peratus.
“ASBSN ditubuhkan untuk mencapai peningkatan modal jangka sederhana hingga panjang menerusi pelaburan dalam pasaran ekuiti domestik selain daripada mencari peluang pendapatan melalui sekuriti memberi hasil tinggi dan instrumen untuk menjana hasil,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial