KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Anak syarikat tidak langsung OSK Holdings Bhd, OSK Amanjaya Sdn Bhd memeterai perjanjian jual beli dengan Central Kedah Properties Sdn Bhd untuk membeli lima bidang tanah di Sungai Petani, Kedah bernilai RM72 juta.
Kumpulan itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia berkata pembelian yang meliputi kira-kira 133.76 hektar tanah akan dibiayai melalui dana dalaman dan pinjaman bank.
"Pembelian ini akan membolehkan kumpulan meningkatkan simpanan tanah untuk projek pembangunan masa depan. Ini akan turut membolehkan kumpulan memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap hartanah kediaman, komersial, dan bercampur," katanya.
Pengembangan ini adalah seiring dengan strategi kumpulan untuk meningkatkan bahagian pasaran sektor pembangunan hartanah di samping mengukuhkan reputasi dalam menyediakan pembangunan berkualiti, katanya.
Menurut kumpulan, tanpa mengambil kira perkara luar jangka, pembelian ini dijangka selesai pada suku kedua 2025.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial