EKONOMI > BERITA

PUBLIC MUTUAL ISYTIHAR AGIHAN LEBIH RM99 JUTA UNTUK SEMBILAN DANA

31/12/2024 06:40 PM

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Public Mutual, anak syarikat milik penuh Public Bank mengisytiharkan pengagihan berjumlah lebih RM99 juta untuk sembilan dana bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024.

Pengurus unit amanah itu dalam satu kenyataan hari ini mengumumkan, pengagihan kasar tahunan sebanyak 5.5 sen seunit adalah untuk Public Islamic Enhanced Bond Fund dan 5.0 sen seunit untuk PB Aiman ​​Sukuk Fund.

Ia juga mengisytiharkan pengagihan kasar tahunan sebanyak 4.75 sen seunit bagi Public Islamic Strategic Bond Fund dan Public Strategic Bond Fund.

Sementara itu, pengagihan kasar sebanyak 1.25 sen seunit untuk PB Mixed Asset Conservative Fund, 0.9 sen seunit untuk Public Institutional Bond Fund, 0.8 sen seunit untuk Public Savings Fund dan 0.2 sen seunit untuk Public Islamic Growth and Income Fund.

Bagi Public Islamic Savings Fund yang membayar pengagihan setiap setengah tahun, pengagihan kasarnya adalah 0.15 sen seunit.

Public Mutual ialah syarikat unit amanah swasta terbesar di Malaysia dengan lebih daripada 180 dana di bawah pengurusannya.

Ia juga merupakan penyedia skim persaraan swasta (PRS) yang diluluskan dengan menguruskan sembilan dana PRS.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan