EKONOMI > BERITA

EKOVEST PEROLEH LANJUTAN AKHIR TERUSKAN PERBINCANGAN PENGGABUNGAN DENGAN KNUSFORD

27/01/2025 08:41 PM

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Ekovest Bhd memperoleh lanjutan akhir selama enam bulan untuk meneruskan perbincangan mengenai cadangan penggabungan antara anak syarikat milik penuhnya, Ekovest Construction Sdn Bhd (ECSB) dengan Knusford Bhd.

Ekovest menerusi makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata tempoh lanjutan dari 28 Jan 2025 hingga 27 Julai 2025 itu memberikan lebih masa kepada kedua-dua pihak untuk menilai dan membincangkan penggabungan secara terperinci, serta merundingkan syarat-syarat perjanjian muktamad.

Oktober tahun lepas, Ekovest menandatangani perjanjian dasar induk yang mengikat dengan pemegang saham utamanya, Tan Sri Lim Kang Hoo, dan Knusford Bhd untuk menyatukan perniagaan pembinaan dan berkaitan pembinaan Lim.

Sebagai sebahagian daripada cadangan itu, Ekovest akan menjual keseluruhan pegangannya dalam ECSB kepada Knusford pada harga RM450 juta, dengan Knusford membiayai pengambilalihan itu melalui terbitan saham baharu pada 60 sen sesaham.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan