Oleh Shakir Husain
NEW DELHI, 12 Feb (Bernama) -- India mengimport sebanyak 90,307 tan minyak sawit dari Malaysia pada Januari 2025, menandakan jumlah import terendah negara itu bagi komoditi tersebut dalam tempoh 13 tahun.
Menurut data yang dikeluarkan oleh Persatuan Pengekstrak Pelarut India pada Rabu, import minyak sawit India berjumlah 275,000 tan pada bulan lepas.
Jumlah itu termasuk 85,307 tan minyak sawit mentah (MSM), 1,500 tan olein sawit yang ditapis, diluntur dan dinyahbau (RBD) dan 3,500 tan minyak isirung sawit mentah dari Malaysia.
Kumpulan industri itu berkata langkah mengawal bekalan minyak sawit Malaysia mendorong pengguna beralih kepada minyak soya yang lebih murah.
Pada Januari 2024, negara itu mengimport sebanyak 780,000 tan minyak sawit.
Jumlah minyak makan India menyusut kepada kira-kira satu juta tan berbanding 1.18 juta tan pada Disember 2024.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial