KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Maybank mengumumkan pelantikan Malique Firdauz Ahmad Sidique sebagai pemangku Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan (CFO) berkuat kuasa hari ini.
Menurut Maybank dalam satu kenyataan hari ini, ketika ini Malique merupakan Ketua Pegawai Kewangan Maybank Islamic.
“Proses untuk mengenal pasti CFO kumpulan yang baharu akan dimulakan serta-merta dan keputusannya akan diumumkan dalam masa terdekat,” katanya.
Sementara itu, dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Maybank mengumumkan Khalijah Ismail ditamatkan perkhidmatannya sebagai CFO berkuat kuasa hari ini susulan siasatan dalaman bank tersebut.
“Lembaga pengarah akan membuat pengumuman diperlukan sebaik sahaja CFO kumpulan yang baharu dilantik,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial