EKONOMI > BERITA

UNIT DESTINI BHD PEROLEH KONTRAK BERNILAI RM10 JUTA

25/02/2025 07:09 PM

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Destini Oil Services Sdn Bhd (DOS), anak syarikat penyedia penyelesaian kejuruteraan Destini Bhd, memperoleh kontrak bernilai RM10 juta daripada EnQuest Petroleum Production Malaysia Ltd (EPPML) bagi menyediakan perkhidmatan pengendalian tiub TRS bagi operasi luar pesisir.

Dalam kenyataannya hari ini, Destini berkata kontrak tiga tahun berkuat kuasa pada 24 Jan, 2025 hingga 23 Jan, 2028, akan melibatkan DOS yang menyokong operasi lapangan PM8/Seligi EPPML melalui pemasangan konduktor, pemantauan tork dan pengoperasian .

“Sejajar dengan perjanjian itu, DOS akan mengemukakan jaminan bank bagi memastikan pematuhan mengikut obligasi tempoh berkontrak.

“Ini hanya mengukuhkan lagi peranan Destini dalam menyokong pengoptimuman pengeluaran EPPML dan usaha pengembangan gas yang dipacu oleh kemampanan," katanya. 

Pengarah Eksekutif Destini Ismail Mustaffa berkata kejayaan memenangi kontrak daripada EPPML itu menekankan lagi komitmen syarikat untuk menyampaikan penyelesaian TRS yang canggih.

“Seiring usaha Malaysia ke arah sasaran pengeluaran sebanyak dua juta tong sehari, kami kekal gigih untuk menyokong pemain tenaga dengan kepakaran kami.

“Ia juga sejajar dengan permintaan Oil Country Tubular Goods (OCTG) kekal kukuh dalam tempoh tiga tahun akan datang sepertimana Tinjauan Aktiviti PETRONAS 2025-2027 terkini," katanya. 

Syarikat itu juga menjangkakan kontrak berkenaan memberi kesan positif kepada pendapatan Destini mulai tahun kewangan 2025 dan seterusnya.

“DOS mempunyai rekod prestasi kukuh dan telah memperoleh kontrak utama, termasuk Program Penggerudian Pengendali PAC Pan Malaysia dengan Petronas Carigali pada 2018.

Projek lain termasuk TRS Carigali-PTTEPI Teluk Thailand bagi 2019 dan Kontrak TRS EnQuest Terengganu Waters pada 2022.

"Kejayaan terbaharu ini sejajar dengan strategi Destini untuk mengembangkan kedudukannya dalam perkhidmatan minyak dan gas huluan bernilai tinggi yang dapat memastikan pertumbuhan hasil yang mampan, di tengah-tengah aktiviti pembangunan luar pesisir yang terus ketara,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan