BERITA TERGEMPAR | Hud Aryan's body found stuck at a tree near the river bank in Tanah Merah this afternoon - Fire and Rescue Department | |
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- ASEAN perlu membina ekosistem rantaian bekalan yang teguh dan berdaya tahan di rantau ini untuk menghadapi cabaran geostrategik yang semakin hampir, contohnya tarif yang baru dikenakan Amerika Syarikat dan tarif balas oleh negara yang terlibat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Walaupun sesetengah pihak mungkin berpandangan bahawa ASEAN boleh meraih manfaat apabila rantaian bekalan global diselaraskan semula dan mencari kepelbagaian, realitinya jauh lebih kompleks.
“Persoalannya kekal sama: bolehkah ASEAN benar-benar memanfaatkan perubahan ini, atau adakah kita akan terperangkap dalam persaingan kuasa besar?
“Dalam apa-apa sahaja keadaan, kita perlu memastikan bahawa sebarang keuntungan daripada pelaburan dan perdagangan diagihkan secara adil dalam kalangan negara anggota dan tidak menjejaskan lagi jurang sedia ada,” kata beliau dalam ucaptama pada Forum Masa Depan ASEAN 2025 di Hanoi, Vietnam pada Rabu.
Menyifatkannya sebagai era persaingan dan perbezaan, Anwar berkata blok 10 negara anggota ini perlu menerima pakai model baharu integrasi perdagangan seiring dengan trend global ke arah kelestarian alam sekitar.
“Jurang pembangunan ekonomi di seluruh rantau kita amat ketara -- sebagai contoh, Keluaran Dalam Negara Kasar per kapita bagi sesetengah negara anggota ASEAN adalah lebih 34 kali ganda daripada yang lain -- satu cabaran yang mesti kita tangani secara kolektif.
“Kita perlu komited untuk memastikan bahawa tiada negara dalam ASEAN yang ketinggalan dalam usaha untuk mencapai pertumbuhan ekonomi,” kata beliau.

Perdana Menteri turut menekankan bahawa pasaran di negara maju semakin mengutamakan kemampanan, justeru ASEAN perlu menyesuaikan diri dengan trend ini untuk memastikan ia relevan dalam perdagangan global.
“Ini memerlukan pengukuran, pelaporan dan pengesahan jejak alam sekitar produk yang merentas sempadan kita. Inisiatif sedemikian bukan sahaja akan meningkatkan daya saing perdagangan malah menggalakkan pelaburan sektor swasta yang lebih besar dalam transformasi ekonomi hijau," katanya.
Beliau turut menegaskan bahawa ASEAN perlu berhati-hati terhadap kemungkinan untuk terlalu bergantung kepada mana-mana pasaran atau industri, yang boleh menjadikan rantau ini terdedah kepada kejutan luar.
“Kekuatan ASEAN terletak kepada keupayaannya untuk bersatu menerusi dialog dan bertindak sebagai blok ekonomi yang mantap, mememanfaatkan potensi kolektifnya untuk mengharungi ketidaktentuan pada masa depan.
"Berikutan realiti pada masa ini dan akan datang yang kita hadapi, Malaysia telah menggunakan tema ‘Keterangkuman dan Kemampanan' dengan pandangan yang jelas ke arah rangkaian berorientasikan masa depan," kata Perdana Menteri.
Beliau mengakhiri ucapan dengan menekankan potensi ASEAN dan kepentingan untuk negara-negara anggota bekerjasama sebagai satu komuniti bagi memperlihatkan kekuatan perpaduan ASEAN dan kuasa visi bersama mereka.
Malaysia adalah Pengerusi ASEAN untuk 2025, dengan penduduk di rantau ini menghampir 700 juta orang.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial