BERITA TERGEMPAR | Hud Aryan's body found stuck at a tree near the river bank in Tanah Merah this afternoon - Fire and Rescue Department | |
Daripada Mohd Haikal Isa
HANOI, 26 Feb (Bernama) -- Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) negara perlu mengaplikasikan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian mereka bagi membantu menembusi pasaran luar.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk R Ramanan berkata PKS tempatan perlu mengambil peluang daripada hubungan baik Malaysia dan Vietnam untuk menembusi pasaran negara Asia Tenggara itu.
“PKS perlu mengambil peluang daripada kepesatan industri AI untuk meningkatkan keberkesanan operasi dan meluaskan pasaran. Berikutan hubungan baik antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Vietnam, maka Vietnam adalah pasaran yang berpotensi untuk ditembusi,” kata beliau kepada media Malaysia di sini ini.
Ramanan merupakan sebahagian daripada delegasi Malaysia yang menyertai lawatan kerja dua hari Anwar ke Vietnam bermula semalam untuk menghadiri Forum Masa Depan ASEAN kedua anjuran Kementerian Luar Vietnam.
Selain menyampaikan ucaptama pada forum itu pagi tadi sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini, Perdana Menteri turut mengadakan pertemuan dengan pemimpin Vietnam dan Timor-Leste bagi membincangkan isu-isu menyentuh kepentingan dua hala.
Anwar telah berlepas pulang ke Malaysia selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Republik Sosialis Vietnam Luong Cuong tengah hari tadi.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial