KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), dengan kerjasama Nazsoft Tech Sdn Bhd, melancarkan Perdagangan Digital MADANI (MDT), sebuah platform bersepadu maya yang direka untuk mengukuhkan akses pengeksport Malaysia ke pasaran antarabangsa.
Pengerusi MATRADE Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata platform MDT adalah sejajar dengan strategi kerajaan untuk memanfaatkan alatan digital untuk akses pasaran luas dan kepintaran.
“Platform ini merupakan sebuah pendekatan strategik yang berpotensi dalam memperkasakan pengeksport Malaysia pelbagai saiz untuk berhubung terus dengan pasaran antarabangsa, mempercepatkan kepelbagaian pasaran sekali gus mencapai kejayaan yang lebih besar.
“Ini selaras dengan sasaran kami untuk meningkatkan sumbangan ekonomi digital kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) daripada 19.1 peratus pada 2019 kepada 22.6 peratus menjelang 2025,” katanya dalam ucapan pada pelancaran MDT.
MDT, yang menawarkan perniagaan fungsi pemadanan perniagaan, pasaran digital, risikan pasaran atas geran, latihan, akses pasaran serta penyelesaian perniagaan berkaitan perdagangan dilancarkan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Jabatan Kastam Diraja Malaysia menyokong MDT dengan menawarkan penggunanya peluang untuk mengakses perkhidmatannya melalui MDT.
Menurut MATRADE, perkongsian strategik ini memanfaatkan automasi, kecerdasan buatan (AI) dan analisis data untuk menyokong kemudahan perdagangan dengan lebih baik termasuk akses pengisytiharan kastam untuk import, eksport, e-dagang serta pematuhan kawal selia.
Katanya fungsi utama platform MDT termasuk Platform Interaksi Maya yang menghubungkan perniagaan dengan Pembeli Premium MATRADE dan Program Penyumberan Antarabangsa (INSP) membantu pemadanan antara perniagaan dan mengenal pasti peluang pembeli berpotensi dalam pasaran yang pelbagai.
Katanya pasaran digital dan pengagregat pasaran membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) untuk mempamer serta menjual produk dan perkhidmatan mereka, mengurangkan jurang antara jenama Malaysia dan pasaran antarabangsa di samping membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan pantas kepada perubahan pilihan pengguna dan permintaan pasaran.
Hab Perdagangan Digital dan Portal Ahli merupakan portal berpusat yang menyediakan pengeksport dengan maklumat komprehensif, geran dan latihan memudahkan prosedur perdagangan dan mengurangkan kos perdagangan rentas sempadan memberikan perniagaan Malaysia ketangkasan yang diperlukan untuk mengubah arah ke arah peluang berkembang dalam ekonomi hijau.
“Platform ini juga bertindak sebagai pusat penyelesaian perniagaan sehenti yang menawarkan akses kepada perkongsian perkhidmatan dan penyelesaian inovatif ke atas usaha kelestarian, IR4.0, pembiayaan perdagangan, pemasaran digital, pembantu maya dan banyak lagi, memacu pertumbuhan perniagaan dan mempercepat strategi kepelbagaian pasaran.
“MDT turut menyaksikan pengenalan pembantu maya pintar, MIVA. MIVA menyapa dan membantu semua ahli yang mendaftar masuk untuk menavigasi platform, memberikan bantuan masa nyata 24/7 kepada pembeli,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial