EKONOMI > BERITA

ALLIANCE BANK PERLUAS PROGRAM BANTUAN BANJIR KEPADA PELANGGAN DI SABAH DAN SARAWAK

17/03/2025 01:18 PM

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Alliance Bank Malaysia Bhd mengumumkan Program Bantuan Banjir akan diperluaskan kepada pelanggan di Sabah dan Sarawak untuk membantu meringankan beban kewangan mereka.

Menurut bank itu dalam kenyataan hari ini, bantuan itu terdiri daripada pilihan moratorium pinjaman sehingga enam bulan, pengubahsuaian pembayaran balik pinjaman serta pengecualian caj dan bayaran tertentu untuk pelanggan dan perniagaan yang terjejas akibat banjir di beberapa negeri di seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Kellee Kam berkata pihaknya berharap program ini akan menggalakkan pelanggan tampil untuk berbincang mengenai cara Alliance Bank dapat membantu meringankan beban kewangan mereka.

Program Bantuan Banjir kini dibuka untuk permohonan sehingga 9 April 2025. 

Ia menawarkan kelonggaran pembayaran ke atas semua pinjaman konvensional dan kemudahan pembiayaan Islam. 

Bank juga akan mengecualikan caj dan bayaran bagi perkhidmatan tertentu seperti penggantian kad debit, kad ATM, buku cek dan buku simpanan yang hilang atau rosak akibat banjir.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan