EKONOMI > BERITA

MALAYSIA AIRPORTS PEKUKUHKAN KETERSAMBUNGAN ANTARBANGSA MELALUI LALUAN BAHARU

20/03/2025 06:23 PM

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) telah mengukuhkan ketersambungan antarabangsa dengan memperkenalkkan laluan penerbangan baharu pada Februari 2025.

Pengarah Urusannya Datuk Mohd Izani Ghani berkata perkhidmatan penerbangan tambahan mencerminkan komitmen berterusan kumpulan itu untuk memperluaskan laluan penerbangan dan meningkatkan pilihan perjalanan untuk penumpang.

"Ini seiring dengan tumpuan pemegang saham baharu kami untuk memperluaskan laluan untuk memacu pertumbuhan. Usaha sedemikian penting dalam mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab serantau dan menyokong persediaan negara untuk melawat Malaysia Tahun 2026," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

MAHB berkata China Southern Airlines (CZ) telah melancarkan perkhidmatan baharu yang menghubungkan Urumqi ke Kuala Lumpur melalui Guangzhou.

"Beroperasi dua kali seminggu dengan pesawat Boeing B737-8, CZ adalah syarikat penerbangan tunggal dalam laluan ini, menawarkan peluang baharu untuk perdagangan, pelancongan dan pertukaran budaya antara barat laut China dan Malaysia," katanya.

MAHB berkata China Eastern Airlines juga telah memulakan perkhidmatan harian baharu dari Xi'an ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) melalui Kunming menggunakan pesawat Airbus A320.

"Dengan pengenalan perkhidmatan baharu ini, China Eastern Airlines menyertai AirAsia X sebagai syarikat penerbangan kedua untuk mengendalikan penerbangan ke Xi'an, menyediakan pelancong dengan fleksibiliti dan kemudahan lebih banyak," katanya.

Pada Februari tahun ini, MAHB mencatatkan 8.3 juta penumpang di seluruh lapangan terbang di seluruh negara.

Ia terdiri daripada 4.3 juta penumpang antarabangsa dan empat juta penumpang domestik termasuk lapangan terbang Turki, Lapangan Terbang Antarabanga Istanbul Sabiha Gökçen, MAHB mengendalikan sejumlah 11.6 juta penumpang bulan lepas.

"Di Lapangan Terbang Antarabanga Istanbul Sabiha Gökçen, trafik penumpang tetap stabil pada Februari 2025 dengan jumlah 3.3 juta penumpang. Trafik antarabangsa didahului dengan dua juta penumpang, manakala trafik domestik mencapai 1.3 juta, mencerminkan permintaan berterusan untuk perjalanan tempatan di Türkiye," katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan