EKONOMI > BERITA

MALAYSIA, BAHRAIN KOMITED TINGKATKAN PELABURAN DAN KERJASAMA BAHARU - TENGKU ZAFRUL

07/05/2025 10:39 PM

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Malaysia dan Bahrain komited untuk meningkatkan perdagangan, pelaburan serta meneroka kerjasama baharu dalam bidang ekonomi digital dan teknologi hijau.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata demikian menerusi satu hantaran di platform X hari ini.

Beliau berkongsi mengenai pertemuannya dengan Menteri Pembangunan Lestari merangkap Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Ekonomi Bahrain Noor Ali AlKhulaif dan Menteri Perindustrian dan Perdagangan Bahrain Abdulla Adel Fakhro.

“Ke arah kemakmuran bersama Malaysia dan Bahrain!” katanya ringkas.

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri menerima kunjungan Delegasi Bahrain hari ini selepas mereka melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

Pada 2024, perdagangan Malaysia-Bahrain bernilai RM1.19 bilion dengan eksport berjumlah RM251.2 juta dan import RM943.3 juta.

Tahun lepas, Bahrain adalah rakan dagangan kesembilan terbesar Malaysia di Asia Barat manakala Malaysia disenaraikan sebagai rakan dagang ketiga terbesar Bahrain dalam kalangan negara ASEAN dan ke-18 di peringkat global pada 2023.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan