EKONOMI > BERITA

PENGARAH URUSAN XOX DILANTIK SEBAGAI PENGERUSI NEXION TECHNOLOGIES HONG KONG

14/05/2025 12:55 PM

KUALA LUMPUR, 14 Mei  (Bernama) -- Pengarah Urusan XOX Bhd Datuk Kenneth Vun dilantik sebagai Pengerusi Nexion Technologies Ltd berkuat kuasa pada 12 Mei, 2025.

Nexion, sebuah syarikat tersenarai di Hong Kong, mengkhusus dalam infrastruktur rangkaian perusahaan, penyelesaian keselamatan siber, dan teknologi transformasi digital.

Pelantikan ini menandakan detik penting bagi Nexion Technologies Limited dan XOX Bhd berikutan syarikat telekomunikasi Malaysia ini memegang 13.27 peratus kepentingan tidak langsung dalam Nexion melalui cabang pelaburannya.

"Pegangan saham strategik ini mencerminkan usaha berterusan XOX untuk memperluaskan kehadirannya di luar negara," kata XOX dan Nexion dalam kenyataan bersama hari ini.

Dengan menjalin hubungan dengan syarikat teknologi yang tersenarai di Hong Kong, XOX mengambil langkah bermakna ke arah membina ketersambungan serantau dan memperkukuhkan peranannya dalam ekosistem teknologi yang lebih luas.

Sementara itu, mengenai pelantikan Vun, beliau membawa pengalaman lebih 30 tahun dalam sektor teknologi, telekomunikasi, kewangan dan pasaran modal, sekali gus meletakkannya sebagai pemimpin yang sesuai untuk menerajui hala tuju strategik syarikat.

Kepakaran Vun dalam inovasi digital, infrastruktur kecerdasana buatan (AI), dan pembangunan teknologi kewangan akan memainkan peranan penting dalam membimbing strategi Nexion serta menyokong misinya untuk menyampaikan penyelesaian yang selamat dan boleh diskalakan di seluruh Asia Pasifik.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan