KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- UEM Edgenta Bhd mengumumkan pelantikan Shaiful Subhan sebagai pengarah urusan (MD) dan ketua pegawai eksekutifnya (CEO) berkuat kuasa 1 Nov, 2025.
Syarikat itu dalam satu kenyataan berkata Shaiful berkhidmat sebagai pegawai yang bertanggungjawab dalam tempoh peralihan sejak bekas MD dan CEO, Syahrunizam Samsudin meletakkan jawatan pada 31 Ogos 2025.
“Shaiful Subhan menyertai syarikat ini pada Januari 2023 sebagai Ketua Penyelesaian Penjagaan Kesihatan dan Pengarah Urusan Edgenta Mediserve Sdn Bhd.
“Sewaktu memegang jawatan ini, beliau berperanan penting dalam menyelia hala tuju strategik syarikat, memacu kecemerlangan operasi dan mengembangkan perniagaan dalam industri sokongan penjagaan kesihatan di Malaysia,” katanya.
UEM Edgenta berkata Shaiful mempunyai lebih 25 tahun pengalaman kepimpinan merentasi pelbagai sektor termasuk telekomunikasi, penyiaran dan teknologi maklumat serta pernah berkhidmat sebagai CEO Kumpulan IRIS Corporation Bhd dari 2017 hingga 2022.
“Lembaga pengarah yakin berhubung pengetahuan industrinya yang mendalam, kepimpinan terbukti dan visi Shaiful akan memperkukuh kedudukan UEM Edgenta sebagai pemain utama serantau dalam pengurusan aset dan penyelesaian infrastruktur,” tambahnya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial