Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Selasa dengan lebih rendah, seiring aktiviti pengambilan untung di serata pasaran serantau selepas peningkatan baru-baru ini serta di tengah-tengah sentimen berwaspada menjelang keputusan dasar monetari Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) pada Rabu.
Pada 5 petang, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut sebanyak 4.82 mata atau 0.30 peratus kepada 1,613.56 daripada paras 1,618.38,semalam.
Sewaktu dibuka, indeks utama itu menokok 1.85 mata pada 1,620.23 dan bergerak dalam julat 1,610.18 hingga 1,620.23 sepanjang sesi dagangan hari ini.
Sentimen pasaran kurang memberangsangkan dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 751 berbanding 331 manakala 476 kaunter tidak berubah, sebanyak 1,166 tidak diniagakan dan 36 lain digantung dagangannya.
Jumlah dagangan bagaimanapun meningkat kepada 3.86 bilion unit bernilai RM3.03 bilion daripada 3.44 bilion unit bernilai RM2.91 bilion pada Isnin.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata sentimen pasaran ternyata lebih berwaspada susulan tindakan pelabur menunggu petunjuk dasar penting daripada mesyuarat Fed selama dua hari yang akan berakhir esok.
“Fed dijangka mengumumkan pengurangan kadar faedah sebanyak 25 mata asas yang dilihat sebagai penting bagi hala tuju dasar monetari global. Sehubungan itu, para peniaga lebih berhati-hati dan mengelak daripada mengambil langkah baharu menjelang pengumuman itu.
“Di peringkat tempatan, indeks petunjuk utama terus memaparkan pengukuhan dengan melepasi paras 1,600. Sebarang pergerakan melepasi paras 1,630 dengan jumlah dagangan kukuh akan menarik minat belian baharu,” katanya kepada Bernama.
Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank rugi tiga sen kepada RM9.88, Public Bank turun satu sen kepada RM4.21, CIMB Group berkurangan enam sen kepada RM7.39, Tenaga Nasional susut 14 sen kepada RM13.22, manakala IHH Healthcare merosot tujuh sen kepada RM8.28.
Bagi saham paling aktif, Perak Transit untung enam sen kepada 39.5 sen, Borneo Oil tidak berubah pada separuh sen, Powertechnic Group turun dua sen kepada 33 sen, Zetrix AI merosot 1.5 sen kepada 83.5 sen dan Pharmaniaga kehilangan 1.5 sen kepada 24 sen.
Kaunter paling untung adalah Malaysian Pacific Industries yang melonjak RM1.08 kepada RM31.62, Nestle naik 50 sen kepada RM107.10, SAM Engineering menokok 31 sen kepada RM4.93, Dutch Lady meraih 20 sen kepada RM26.30 dan MISC menambah 11 sen kepada RM7.86.
Sebaliknya, kaunter paling rugi didahului UMS Integration yang susut 95 sen to RM4.85, United Plantations turun 42 sen kepada RM24.08, Kelington Group berkurangan 29 sen kepada RM5.35, Fraser & Neave merosot 22 sen kepada RM28.32 manakala Time dotCom rugi 12 sen kepada RM4.69.
Selain itu di papan indeks pula, Indeks FBM Emas turun 42.91 mata kepada 12,066.09, Indeks FBMT 100 susut 37.27 mata kepada 11,807.36, Indeks FBM Emas Shariah merosot 47.90 mata kepada 12,152.01, Indeks FBM 70 menguncup 63.03 mata kepada 17,183.53 manakala FBM ACE Index berkurangan 56.50 mata kepada 5,180.25.
Dari segi sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 56.61 mata kepada 18,193.30, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian berkurangan 1.30 mata kepada 170.95, Indeks Tenaga susut 10.31 mata kepada 773.08 dan Indeks Perladangan kehilangan 37.34 mata kepada 7,979.08.
Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 2.01 bilion unit bernilai RM2.68 bilion daripada 1.77 bilion unit bernilai RM2.49 bilion pada Isnin.
Pada masa sama, jumlah waran meningkat kepada 1.34 bilion unit bernilai RM152.13 juta berbanding 1.08 bilion unit bernilai RM124.39 juta sebelum ini.
Di Pasaran ACE, jumlah dagangan berkurangan kepada 502.65 juta unit bernilai RM193.25 juta berbanding 587.10 juta unit bernilai RM291.77 juta semalam.
Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna mencatat sebanyak 524.25 juta saham diniagakan di Pasaran Utama manakala produk dan perkhidmatan perindustrian (360.01 juta), pembinaan (101.02 juta), teknologi (245.17 juta), perkhidmatan kewangan (84.16 juta), hartanah (205.54 juta), perladangan (43.01 juta), dana pelaburan hartanah (34.67 juta), dana tertutup (7,200), tenaga (90.92 juta), penjagaan kesihatan (128.11 juta), telekomunikasi dan media (67.26 juta), pengangkutan dan logistik (79.39 juta), utiliti (43.94 juta) dan amanah perniagaan (269,800).
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial