EKONOMI > BERITA

INSTITUSI TEMPATAN TERUSKAN ALIRAN BELIAN DENGAN BELIAN BERSIH RM280.7 JUTA - MBSB IB

10/11/2025 12:12 PM

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Institusi tempatan kekal sebagai pembeli bersih untuk minggu kelima berturut-turut di Bursa Malaysia, mencatatkan aliran masuk sebanyak RM280.7 juta minggu lepas.

MBSB Investment Bank Bhd (MBSB) dalam Laporan Aliran Dana mingguannya berakhir 7 November berkata bagaimanapun pelabur runcit tempatan beralih kepada aliran masuk bersih selama seminggu, kembali kepada jualan bersih pada RM195.2 juta.

Sementara itu, pelabur asing meneruskan jualan mereka kepada untuk minggu kelima, mencatatkan aliran keluar bersih sebanyak RM85.4 juta.

“Pelabur asing merupakan penjual bersih pada tiga daripada lima hari dagangan minggu lepas, Isnin menyaksikan aktiviti jualan bersih tertinggi pada RM158.8 juta, diikuti pada Khamis (RM129.4 juta) dan Jumaat (RM45.4 juta),” katanya.

MBSB berkata aliran masuk direkodkan pada Rabu (RM138.4 juta) dan Selasa (RM109.8 juta).

Ia berkata tiga sektor utama yang mencatatkan aliran masuk asing bersih minggu lepas ialah perladangan (RM138.4 juta), produk dan perkhidmatan pengguna (RM137.1 juta), dan penjagaan kesihatan (RM80.2 juta).

Tiga sektor utama mencatatkan aliran keluar asing bersih ialah utiliti (RM134.3 juta), telekomunikasi dan Media (RM91.4 juta), dan teknologi (RM83.4 juta).

Purata jumlah dagangan harian mengalami penurunan meluas minggu lepas.

Pelabur runcit tempatan dan institusi tempatan masing-masing mencatatkan penurunan sebanyak 6.4 peratus dan 15.2 peratus, manakala pelabur asing menyaksikan peningkatan sebanyak 3.2 peratus, kata bank itu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan