EKONOMI > BERITA

NAMA KSU MITI DISALAH GUNA DALAM SKIM PELABURAN PALSU DI TELEGRAM

06/02/2026 11:53 PM

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengesahkan bahawa nama Ketua Setiausaha (KSU) kementerian itu, Datuk Hairil Yahri Yaacob, telah disalah guna dalam satu skim pelaburan palsu yang dikesan beroperasi melalui aplikasi Telegram.

Menurut MITI, skim berkenaan menggunakan nama saluran “Ministry of International Trade and Industry” bagi memperdaya pengguna media sosial dengan memberi gambaran seolah-olah mempunyai kaitan rasmi dengan kementerian tersebut.

“MITI menafikan sekeras-kerasnya sebarang penglibatan mana-mana pegawai kementerian dalam skim berkenaan atau sebarang skim pelaburan di mana-mana platform,” tegas kementerian itu menerusi satu unggahan di media sosial X hari ini.

Sehubungan itu, pengguna media sosial dinasihatkan agar sentiasa berwaspada terhadap tawaran pelaburan mencurigakan, mengesahkan maklumat melalui saluran rasmi serta tidak berkongsi maklumat peribadi dengan pihak tidak dikenali.

“Sebarang aduan boleh disalurkan kepada pihak berkuasa atau melalui saluran rasmi MITI,” tambahnya lagi.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan