EKONOMI > BERITA

EKOVEST DAPAT KELULUSAN KWSP LANJUTKAN LAGI TARIKH PELAN KELUAR

13/02/2026 10:20 PM

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Ekovest Bhd mendapat kelulusan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk melanjutkan lagi tarikh pelan keluar selama setahun di bawah perjanjian pemegang sahamnya mengenai cadangan penjualan 40 peratus kepentingan ekuiti dalam Konsortium Lebuhraya Utara-Timur (KL) Sdn Bhd.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, katanya lanjutan sehingga 12 Feb 2027 itu bertujuan untuk memudahkan dan melaksanakan pelan keluar bagi KWSP dan syarikat itu.

"Syarikat ini dan KWSP pada masa ini menilai pelbagai pilihan yang berdaya maju untuk melaksanakan pelan keluar atau sebarang rancangan alternatif untuk kepentingan terbaik pihak berkaitan," katanya.

Ekovest berkata pihaknya akan membuat pengumuman yang perlu sekiranya terdapat apa-apa perkembangan penting mengenai perkara itu.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan