EKONOMI > BERITA

SABAH ALU-ALUKAN LEBIH BANYAK KERJASAMA DENGAN PETRONAS – HAJIJI

03/03/2026 09:19 PM

KOTA KINABALU, 3 Mac (Bernama) -- Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor mengalu-alukan komitmen Petroliam Nasional Bhd (Petronas) untuk meneroka kerjasama yang selanjutnya bagi meningkatkan penyertaan negeri itu dalam industri minyak dan gas.

Hajiji berkata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz memberi taklimat dalam mesyuarat hari ini berhubung potensi perkongsian strategik dan status semasa operasi Petronas di Sabah.

“Petronas turut memaklumkan kepada kami mengenai usaha bantuan yang berterusan untuk menyokong kerajaan negeri dalam membantu komuniti yang terjejas akibat banjir baru-baru ini di Sabah,” kata ketua menteri itu dalam satu kenyataan selepas mengadakan mesyuarat dengan syarikat minyak dan gas negara itu di sini.

Delegasi Petronas turut disertai Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Perniagaan Gas dan Maritim Datuk Adif Zulkifli, Naib Presiden Kanan Pengurusan Petroleum Malaysia Datuk Bacho Pilong, Naib Presiden Perhubungan Strategik Kumpulan dan Komunikasi Norafizal Mat Saad dan pegawai kanan yang lain.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan