KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Agensi penarafan kredit Moody’s Ratings menjangkakan harga tenaga yang tinggi meningkatkan pendapatan huluan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
Dalam kenyataan hari ini, katanya hasil berkaitan petroleum yang tinggi menyediakan langkah pengurangan tambahan dalam keadaan turun naik harga minyak global.
“Berdasarkan rekod terdahulu, pendapatan huluan Petronas menyumbang sebahagian besar daripada keuntungannya. Petronas telah memperuntukkan dividen sebanyak RM20 bilion bagi 2026, walaupun pengagihan pada masa akan datang boleh meningkat sekiranya pendapatan melebihi jangkaan," katanya.
Sementara itu, Moody’s berkata harga runcit bagi beberapa jenis bahan api di Malaysia adalah dikawal bagi melindungi pengguna daripada ketidaktentuan harga minyak global.
Katanya subsidi bahan api dibiayai oleh kerajaan dan harga tenaga yang terus meningkat boleh memberikan tekanan kepada pembiayaan awam.
Bagaimanapun, peralihan ke arah subsidi petrol dan diesel yang lebih bersasar sejak dua tahun lepas dijangka membantu mengehadkan potensi kenaikan subsidi.
“Petrol RON95 dijual kepada rakyat Malaysia yang layak pada harga RM1.99 seliter tertakluk kepada had bulanan sebanyak 300 liter bagi setiap individu. Harga diesel turut dikawal dengan had yang berbeza mengikut wilayah dan sektor,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial