KUALA LUMPUR, 29 Mac (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menafikan sebarang penglibatan dalam perjanjian pembekalan bahan api seperti yang dilaporkan membabitkan entiti kerajaan tempatan di Filipina.
“Petronas ingin menjelaskan tidak mengetahui atau terlibat dalam sebarang pengaturan sedemikian, dan tidak memeterai apa-apa perjanjian atau komitmen yang berkaitan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Syarikat minyak dan gas negara itu berkata demikian sebagai merujuk kepada laporan media baru-baru ini mengenai cadangan perjanjian bekalan bahan api di Filipina.
Petronas menegaskan bahawa tumpuan utamanya adalah untuk memastikan bekalan bahan api yang stabil dan berterusan tersedia untuk Malaysia.
"Aspek itu kekal sebagai keutamaan, disokong oleh rangkaian bekalan yang kukuh dan kerjasama erat dengan kerajaan,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial