DAKWAAN SERANGAN BABIT KERABAT DIRAJA: KERTAS SIASATAN DIRUJUK KEPADA PEJABAT DPP

20/09/2024 06:07 PM

KUANTAN, 20 Sept (Bernama) -- Kertas siasatan berhubung dakwaan seorang kerabat Diraja Pahang bersama sekumpulan individu menyerang seorang lelaki di sebuah kandang kuda di sini pada Jun lepas telah dirujuk kepada Pejabat Timbatan Pendakwa Raya (DPP).

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman ketika dihubungi Bernama hari ini  berkata pihaknya telah melengkapkan kertas siasatan dan menunggu arahan lanjut daripada pihak berkenaan.

Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebelum ini bertitah tiada siapa pun mengatasi undang-undang termasuk kerabat diraja, dan baginda mahu siasatan itu dilakukan segera, telus, adil serta tegas tanpa kompromi mana-mana pihak.

Pada 5 Sept lepas, media melaporkan seorang lelaki yang juga pekerja pembinaan dan penyelenggaraan, mendakwa diserang sekumpulan individu termasuk seorang kerabat diraja Pahang dan dilaporkan mangsa cedera di paha serta menerima beberapa jahitan serta luka di bahagian kaki.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan