WANITA WARGA EMAS TINGGAL SENDIRIAN DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA

22/09/2024 03:22 PM

ALOR GAJAH, 22 Sept (Bernama) -- Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia di dalam bilik utama rumahnya di Jalan Pulau Semut, Solok Duku, Masjid Tanah di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Ashari Abu Samah berkata kematian wanita berusia 69 tahun itu dimaklumkan oleh anak saudara lelakinya di Balai Polis Masjid Tanah kira-kira 8.45 pagi.

"Siasatan awal di lokasi kejadian mendapati mangsa yang tinggal seorang diri di rumah berkenaan ditemukan terbaring di atas lantai beralaskan bantal dan setengah badan ditutupi kain selimut selain turut ditemukan sebilah gunting.

"Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka kemudiannya membuat siasatan lanjut dan turut menggunakan khidmat anjing pengesan Unit K9 untuk membuat pencarian di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat dan proses pengecaman oleh ahli keluarga. 

Hasil bedah siasat mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan