POLIS TAHAN SUSPEK PECAH RUMAH KURANG DARI TEMPOH EMPAT JAM

03/10/2024 12:32 PM

SEREMBAN, 3 Okt (Bernama) -- Polis menahan seorang lelaki tidak sampai empat jam selepas menerima laporan mengenai kejadian pecah masuk sebuah kedai runcit di Taman Halacara Baru Londah, Gemas, Tampin di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Tampin Supt Amiruddien Sariman berkata pihaknya menerima laporan pada pukul 11.21 pagi daripada pemilik kedai berkenaan yang memaklumkan kedainya dipecah masuk sekitar pukul 2 pagi, dan mengalami kerugian RM400.

"Bertindak atas maklumat dan risikan, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah IPD Tampin berjaya mengesan dan menangkap suspek berusia 21 tahun yang disyaki terlibat dalam kes itu pada 2.40 petang.

"Hasil semakan rekod jenayah lampau mendapati pemuda itu pernah terlibat dalam satu kes di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan (KK) iaitu pencerobohan rumah, enam kes pecah rumah dan tiga kes melibatkan Seksyen (15) (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1957," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Beliau berkata hasil ujian saringan mendapat pemuda itu positif dadah jenis methamphethamine dan dia kini direman empat hari bagi membantu siasatan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan