APMM LABUAN GAGALKAN CUBAAN SELUDUP MINUMAN BERALKOHOL

06/10/2024 05:09 PM

LABUAN, 4 Okt (Bernama) -- Agensi Penguatkusaan Maritim Malaysia (APMM) telah menggagalkan cubaan menyeludup 1,920 tin minuman beralkohol pelbagai jenama, awal pagi Jumaat lepas.

Pengarah APMM Labuan Kapten Nudin Jusoh berkata pasukan agensi berkenaan yang menjalankan rondaan di peraian Labuan telah memintas sebuah bot dalam keadaan mencurigakan yang memaju laju dari Labuan ke Menumbok.

“Ketika pegawai menghampiri bot  berkenaan untuk pemeriksaan lanjut, pengusaha bot telah terjun ke laut dan melarikan diri ke dalam hutan bakau berhampiran.

“Pemeriksaan mendapati, berlaku cubaan menyeludup pelbagai jenama minuman beralkohol berjumlah 1,920 tin dengan anggaran nilai keseluruhan RM40,000,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967 kerana cubaan menyeludup minuman beralkohol tanpa cukai melebihi had dibenarkan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan