DUA PEGAWAI PEJABAT PENDIDIKAN DIREMAN BANTU SIASATAN KES RASUAH

26/10/2024 08:44 PM

KOTA KINABALU, 26 Okt (Bernama) -- Dua pegawai pejabat pendidikan direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan pelantikan pembekal barang penyelenggaraan dan pembaikan sekolah di sekitar Kudat yang bernilai kira-kira RM600,000.

Perintah itu dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Dzul Elmy Yunus Mahkamah Majistret di sini.

Menurut sumber, kedua-dua individu berusia 40-an itu dipercayai menerima sejumlah rasuah dari tahun lepas hingga tahun ini dengan wang dimasukkan ke akaun bank milik proksi.

Suspek lelaki dan wanita itu ditahan pada 3 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri.

 Pengarah SPRM Sabah Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan