LELAKI DITAHAN DISYAKI EDAR MERCUN TANPA PERMIT

30/10/2024 10:06 PM

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Polis menahan seorang lelaki disyaki mengedar mercun tanpa permit dalam serbuan di sebuah rumah teres dua tingkat di Saujana Damansara, Selangor, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Ja’afar berkata dalam serbuan kira-kira 4.30 petang itu, polis turut merampas mercun jenis Happy Boom Red Cracker bernilai kira-kira RM13,000 yang diletakkan di dalam 22 kotak.

“Lelaki berusia 42 tahun itu mengaku mengedar mercun di kawasan sekitar dan barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Lelaki berkenaan direman hingga esok untuk siasatan kes mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan