SIASATAN PELABURAN KHAZANAH, PNB DALAM PERNIAGAAN FESYEN DALAM TALIAN AKAN DIJALANKAN SECARA ADIL

02/11/2024 03:29 PM

PUTRAJAYA, 2 Nov (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi jaminan  siasatan berkaitan kerugian pelaburan oleh Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) dalam satu perniagaan fesyen dalam talian tempatan akan dijalankan secara adil dan profesional.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki dalam kenyataan hari ini berkata siasatan itu penting kerana ia melibatkan penggunaan dana awam dan menjadi isu berkepentingan awam. 

“SPRM telah membuka kertas siasatan berhubung kerugian pelaburan oleh Khazanah dan PNB dalam satu perniagaan fesyen dalam talian tempatan.

"SPRM memberi jaminan bahawa siasatan menyeluruh akan dijalankan secara adil dan profesional,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai memberi ruang untuk siasatan dilakukan serta mengelakkan spekulasi dan 'perbicaraan awam' terhadap pihak yang terbabit.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan