JENAYAH_MAHKAMAH > BERITA

Pengeluaran Sektor Perikanan Usahawan myAP Catat Nilai Jualan RM62.69 Juta Setahun

03/11/2024 12:05 PM

PUTRAJAYA, 3 Nov (Bernama) -- Pengeluaran sektor perikanan oleh usahawan myAgropreneur Perikanan (myAP) bagi tempoh 2021 hingga kini mencatatkan nilai jualan mencecah RM 62.69 juta setahun. 

Dalam kenyataan hari ini, Jabatan Perikanan (DOF) memaklumkan bahawa statistik menunjukkan peningkatan purata pengeluaran mengikut tahap Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bagi usahawan yang terlibat dalam program myAP.

“Program ini bertujuan untuk memperkukuhkan kedudukan PKS dalam sektor perikanan melalui pelbagai inisiatif sokongan dan pembangunan kapasiti,” menurut kenyataan itu.

DOF memaklumkan pengeluaran sektor perikanan oleh usahawan myAP telah menunjukkan peningkatan yang ketara, dengan nilai jualan mencapai RM 62.69 juta setahun untuk 230 myAP.

Selain itu, program myKomuniti Perikanan (myKP) yang melibatkan 246 peserta dengan jumlah ahli seramai 6,522 telah berjaya menghasilkan pendapatan sebanyak RM 28.9 juta setahun.

“Peningkatan ini mencerminkan keberkesanan program usahawan perikanan dalam meningkatkan produktiviti dan daya saing usahawan tempatan.

“DOF akan terus komited dalam menyokong perkembangan sektor ini melalui pelbagai inisiatif dan sokongan,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan