JENAYAH_MAHKAMAH > BERITA

PAC Akan Bincang Untuk Bahas Isu Penjualan Semarak20 Di Dewan Rakyat

07/11/2024 11:33 PM

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan berbincang untuk membuat keputusan bagi membahaskan laporan penjualan bangunan komersial Menara Semarak20 di Dewan Rakyat seperti yang telah dilakukan untuk laporan mengenai HRDCorp pada Julai lepas.

Pengerusi PAC Datuk Mas Ermieyati Samsudin dalam satu kenyataan malam ini berkata Dewan Rakyat merupakan medan terbaik untuk rakyat mengetahui laporan yang disediakan oleh PAC.

“PAC tidak akan memanggil mana-mana pihak lagi untuk memberikan maklumat dan fakta berhubung penjualan Menara Semarak20 di Jalan Semarak di sini kerana dua laporan berkenaan bangunan tersebut telah dikeluarkan," katanya.

Beliau berkata semua maklumat dan fakta dalam laporan tersebut diperoleh melalui pembentangan oleh Felcra semasa prosiding yang turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Semalam, PAC dalam laporannya menyatakan kebimbangan terhadap prestasi penjualan bangunan komersial yang dikendalikan oleh Felcra Berhad, yang didakwa masih belum terjual dan cadangannya kini hanya di peringkat perbincangan bersama pihak pembeli.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan