JENAYAH_MAHKAMAH > BERITA

Beberapa Laluan Di Kuala Krai Mula Dinaiki Air - Bomba

24/10/2025 10:42 PM

KUALA KRAI, 24 Okt  (Bernama) -- Beberapa laluan utama di Jalan Bukit Sireh, Kampung Bedal dan Kuala Nal di sini mula dinaiki air sejak petang tadi susulan hujan lebat berterusan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai,  Nik Ahmad Afsham Nik Pa berkata setakat pukul 10 malam, tiada pemindahan dilakukan ke pusat pemindahan sementara (PPS), termasuk penduduk di Kampung Bedal yang terjejas.

“Paras air di beberapa kawasan seperti Jalan Sultan Yahya Petra dan Jalan Guchil juga menunjukkan tanda-tanda surut berikutan hujan yang kini hanya renyai-renyai,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Beliau berkata pihak bomba akan terus melakukan pemantauan rapi dari semasa ke semasa sekiranya hujan berterusan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan