JENAYAH_MAHKAMAH > BERITA

Festival Kesenian Borneo 2025 Tawar Tarikan Baharu, Rai Kepelbagaian Budaya

30/10/2025 12:31 PM

LABUAN, 30 Okt (Bernama) -- Persiapan penganjuran Festival Kesenian Borneo 2025 yang akan berlangsung selama lima hari bermula 13 Nov giat dijalankan. 

Penganjuran festival di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan akan menampilkan pelbagai tarikan baharu dan persembahan kebudayaan bagi menawarkan pengalaman istimewa kepada pengunjung. 

Perbadanan Labuan dan Perbadanan Putrajaya kini giat melakukan persiapan bagi memastikan penganjuran festival tahunan itu kekal menjadi platform meraikan kepelbagaian warisan budaya rantau ini. 

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Mohd Sukuran Taib berkata edisi tahun ini juga memperkenalkan elemen baharu, selain menyasarkan sekurang-kurangnya 30,000 pengunjung melawat Labuan sepanjang penganjuran festival itu.

“Antara tarikan ialah rumah tradisional etnik, persembahan pelbagai budaya, pameran kraftangan tradisional dan persembahan istimewa glow in the dark,” katanya kepada Bernama hari ini. 

Beliau berkata kerjasama antara Perbadanan Labuan dan Putrajaya bertujuan memperkukuh daya tarikan festival yang turut mempromosikan Labuan sebagai destinasi pelancongan dan kebudayaan. 

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dijadualkan merasmikan festival yang juga akan menampilkan persembahan artis tempatan. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan