KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) -- MILO, minuman coklat malt berkhasiat terkemuka di Malaysia, meraikan ulang tahun ke-75 yang penuh inspirasi dan bertenaga, dengan sambutan ‘Arena Sarapan Juara’ yang berlangsung di Blue Concourse, Aras Bawah, Sunway Pyramid, bermula semalam hingga 2 Nov ini.
Membawakan tema “Dulu, Kini dan Selamanya demi Malaysia” sambutan itu mengiktiraf legasi MILO sebagai jenama yang membekalkan rakyat Malaysia dengan khasiat serta kebaikan semula jadi daripada barli malt, susu dan koko, sambil mengekalkan rasa ikonik yang telah menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian.
Dalam satu kenyataan, MILO memaklumkan sambutan itu menandakan pencapaian penting jenama itu, yang telah sekian lama menjadi sebahagian daripada rutin harian rakyat Malaysia dan legasi MILO akan terus berkembang, berasaskan tiga tonggak utama yang mendasari perjalanannya iaitu Pemakanan, Sukan dan Kelestarian.
“Acara ini mengajak rakyat Malaysia mengimbau kenangan bersama MILO sambil meneroka hala tuju masa depan dalam aspek pemakanan, sukan dan kelestarian. Pengunjung juga dialu-alukan untuk merasai pengalaman di Zon Sarapan Berkhasiat, menyertai aktiviti MILO Tenaga untuk Kebaikan serta membeli-belah produk eksklusif MILO.
“Sambutan lima hari ini bukan sekadar nostalgia tetapi ia juga memberi peluang kepada rakyat Malaysia melihat komitmen berterusan MILO yang kekal teguh dan akan terus berkembang melangkah ke 2026,” menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, MILO bukan sekadar jenama untuk isi rumah selama 75 tahun tetapi telah menjadi sebahagian daripada rutin pagi yang penting bagi rakyat Malaysia, dengan setiap cawan memberi tenaga bagi memulakan hari dengan penuh semangat.
“Sebagai minuman coklat malt pertama di Malaysia yang menerima pengiktirafan Logo Pilihan Lebih Sihat, MILO terus menjadi sumber tenaga berkhasiat yang dipercayai. Pencapaian ini membuktikan peranan berterusan MILO dalam menyemarakkan gaya hidup aktif, memperjuangkan kelestarian, dan menyokong kemajuan negara, satu cawan pada satu masa,” menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu memaklumkan lagi sumbangan MILO terhadap pembangunan sukan di Malaysia kekal tiada tandingan, dengan melahirkan ramai bakat muda menerusi pelbagai insiatif di peringkat akar umbi seperti Klinik Juara MILO, MILO Hidup Bola, dan Hari Sarapan Malaysia MILO.
“Milo terus memainkan peranan aktif dalam pembangunan sukan, bekerjasama dengan badan sukan kebangsaan bagi memperkukuh penyertaan di peringkat akar umbi serta menggalakkan penyertaan sepanjang hayat dalam kalangan rakyat Malaysia.
“Dari generasi ke generasi atlet telah membesar di bawah naungan MILO, bukti bahawa sukan membentuk sahsiah, disiplin dan semangat komuniti,” menurut MILO
Selain sukan, MILO turut menegaskan bahawa pelaburan terhadap masa depan lestari menerusli inisiatif Tenaga untuk Kebaikan, yang menekankan komitmen terhadap pengeluaran bertanggungjawab, pembukusan kirar semula dan pendidikan alam sekitar.
Sementara itu, Pegawai Eksekutif Perniagaan bagi MlLO, Nestle (Malaysia) Berhad Ng Su Yen dalam kenyataan sama berkata sepanjang 75 tahun MILO telah menjadi sebahagian daripada pertumbuhan Malaysia dalam sukan, sekolah dan komuniti, dan menjadikan sambutan ulang tahun itu bukan sekadar perayaan tetapi juga permulaan episod baharu dalam perjalanan jenama tersebut.
“Kami akan terus menyemarakkan tenaga generasi masa depan, memperjuangkan gaya hidup aktif dan menerajui usaha ke arah dunia yang lebih hijau serta bertanggungjawab. Walaupun sambutan ini berakhir, misi MILO kekal teguh membekalkan tenaga untuk jasmani, minda dan semangat rakyat Malaysia,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter      : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok       : @bernamaofficial