JENAYAH_MAHKAMAH > BERITA

Kerja Penyelenggaraan Struktur Gantri Di Km238 Lebuhraya Utara-Selatan Malam Ini

05/11/2025 11:49 AM

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Kerja-kerja penyelenggaraan struktur gantri paparan iklan akan dilaksanakan di laluan antara Simpang Ampat dan Pedas Linggi di Kilometer 238 (arah utara) Lebuhraya Utara-Selatan bermula malam ini hingga esok.

PLUS dalam kenyataan hari ini memaklumkan kerja penyelenggaraan itu akan dijalankan dari 9 malam hingga 5 pagi dan dijangka menyebabkan gangguan trafik minimum di lokasi terbabit.

“Pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya merancang perjalanan mereka sepanjang tempoh kerja dijalankan serta mematuhi semua papan tanda trafik dan arahan yang dikeluarkan oleh petugas PLUS,” menurut kenyataan itu.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini melalui Aplikasi PLUS, Pembantu Maya PUTRI, akaun X @plustrafik atau Paparan Mesej Elektronik (VMS) di lokasi-lokasi terpilih.

Pengguna lebuh raya juga boleh menghubungi talian PLUSLine di 1800-88-0000 untuk mendapatkan bantuan ketika berlaku kecemasan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan