JENAYAH_MAHKAMAH > BERITA

Fahmi Rakam Penghargaan Kepada Warga TV Sempena Hari Televisyen Sedunia

21/11/2025 06:40 PM

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil hari ini menzahirkan penghargaan kepada warga industri televisyen yang disifatkannya sebagai tulang belakang dalam menyampaikan pelbagai bentuk informasi dan hiburan kepada rakyat. 

“Suara, cerita dan realiti. Terima kasih kepada semua warga TV yang menjadi tulang belakang kepada pelbagai bentuk informasi dan hiburan.

“Selamat Hari Televisyen Sedunia!,” katanya dalam kenyataan ringkas sempena sambutan itu menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) telah mengisytiharkan 21 Nov sebagai Hari Televisyen Sedunia bagi memperingati Forum Televisyen Sedunia yang kali pertama diadakan pada 1996.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengiktiraf televisyen sebagai sumber pendidikan dan hiburan yang positif serta medium penting yang mendukung kebebasan berekspresi dan mempromosikan kepelbagaian budaya.

Sambutan itu juga bertujuan mengiktiraf peranan televisyen sebagai medium maklumat, pendidikan dan hiburan yang memberi kesan besar kepada kehidupan masyarakat.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan