JENAYAH_MAHKAMAH > BERITA

PM Anwar Rafak Sembah, Zahir Ucapan Tahniah Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Agong

22/11/2025 04:30 PM

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah dan menzahirkan ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang ke-67, hari ini.

Menerusi hantaran di Facebook, Perdana Menteri berkata beliau bagi pihak seluruh rakyat, mendoakan Seri Paduka Baginda, Raja Permaisuri Agong, serta seluruh Kerabat Diraja, dianugerahkan kesihatan yang sempurna, kesejahteraan berpanjangan, serta dilimpahi rahmat, taufik dan hidayah-Nya

“Semoga pemerintahan Tuanku terus berada di bawah naungan keberkatan dan menjadi payung kedaulatan negara tercinta.

“Dirgahayu Tuanku. Daulat Tuanku,” katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan