JENAYAH_MAHKAMAH > BERITA

Penduduk Kampung Sawah Raja Nikmati Limpahan Pembangunan Kampung Angkat MADANI

06/12/2025 03:55 PM

REMBAU, 6 Dis (Bernama) -- Penduduk Kampung Sawah Raja di sini menerima pelbagai manfaat pembangunan infrastruktur berjumlah RM1 juta selepas dipilih sebagai Kampung Angkat MADANI Kementerian Luar.

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata pemilihan kampung berkenaan bagi memberi peluang kepada semua masyarakat terutamanya mereka yang tinggal di luar bandar untuk turut sama merasai nikmat pembangunan.

Beliau berkata pelbagai projek dilaksanakan menerusi Kampung Angkat MADANI antaranya pembinaan dewan orang ramai, gelanggang futsal, dewan serba guna serta menaik taraf surau dan masjid.

"Bagi memastikan kawasan kampung tidak bergelap, pemasangan lampu solar telah dilaksanakan bagi menerangi laluan tanpa bergantung kepada bekalan elektrik selain pembinaan jalan baharu bagi memendekkan perjalanan penduduk ke kampung bersebelahan.

"Alhamdulillah, ini merupakan satu usaha yang baik hasil kerjasama semua pihak bagi memastikan inisiatif kerajaan dapat direalisasikan supaya masyarakat luar bandar turut dapat melihat dan merasai pembangunan secara bersama,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Peluncuran Kampung Angkat MADANI Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) Kementerian Luar di Kampung Sawah Raja, Kota di sini hari ini.

Mohamad yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata ini adalah Kampung Angkat MADANI kedua dilaksanakan dalam daerah Rembau selepas Kampung Kancung Rantau yang turut menerima manfaat sama pada tahun lepas.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan