JENAYAH_MAHKAMAH > BERITA

JPPM Laksana 14 Projek Naik Taraf Infrastruktur Kampung Amar Penghulu Jelebu

06/12/2025 08:34 PM

SEREMBAN, 6 Dis (Bernama) -- Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM) menerusi inisiatif Kampung Angkat MADANI melaksanakan penambahbaikan dan menaik taraf infrastruktur asas Kampung Amar Penghulu di Jelebu melibatkan 14 projek dengan peruntukan RM1 juta.

JPPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan projek berkenaan dilaksanakan dalam tempoh tiga bulan mulai Ogos hingga November lepas melibatkan pembinaan dewan terbuka, baik pulih pagar tanah perkuburan, pembinaan rumah sembelihan dan menaik taraf empat surau.

"Selain itu, JPPM turut membaik pulih Dewan Budaya Sekolah Kebangsaan Dato’ Amar Penghulu, sistem saliran air, penggantian bumbung dan pemasangan jaring besi di balai raya, pembinaan wakaf baharu di tanah perkuburan serta pemasangan lampu jalan solar di kampung tersebut. 

"Perlaksanaan projek tersebut dapat meningkatkan keselesaan masyarakat setempat serta menyediakan ruang yang lebih kondusif bagi aktiviti kemasyarakatan dan pembangunan ekonomi komuniti," menurut kenyataan itu.

Majlis Peluncuran Kampung Amar Penghulu sebagai Kampung Angkat MADANI disempurnakan bekas Ketua Pengarah JPPM Khalid Jali di kampung tersebut dan turut dihadiri Ketua Pengarah JPPM Aminuddin Ab Rahaman dan Ahli Parlimen Jelebu Datuk Seri Jalaluddin Alias.

 Turut diadakan perkhidmatan gunting rambut percuma, Jualan Rahmah MADANI, program kupon Petrol percuma serta reruai dan khidmat nasihat oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan