JENAYAH_MAHKAMAH > BERITA

Loji Penyahgaraman Air Laut Di POIC Mampu Jadi Model Selesai Bekalan Air Industri Sabah

06/01/2026 09:57 PM

LAHAD DATU, 6 Jan (Bernama) -- Pewujudan loji penyahgaraman air laut Jetama di kawasan industri di Taman Perindustrian Minyak dan Gas (POIC) di sini mampu menjadi model penyelesaian bekalan air industri di Sabah.

Timbalan Ketua Menteri III Datuk Ewon Benedick berkata pada ketika ini pewujudan loji oleh Jetama Sdn Bhd dengan kerjasama POIC Sabah itu menyediakan penyelesaian secara in-situ terhadap isu bekalan air kepada kilang perusahaan di kawasan terbabit.

“Beliau berkata penyediaan bekalan air tambahan melalui teknologi penyahgaraman itu penting bagi memastikan kelangsungan operasi industri, selari dengan perkembangan dan pertumbuhan POIC Lahad Datu.

“Ketika ini 46 perusahaan besar beroperasi di POIC Lahad Datu dan kawasan ini masih berpotensi dibangunkan, sejajar visi menjadikan POIC Lahad Datu sebagai eastern gateway untuk Sabah,” katanya dalam kenyataan selepas merasmikan loji berkenaan di sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah berkata pihaknya akan menyokong inisiatif inovatif bagi memperkukuh ekosistem perindustrian negeri seterusnya menjamin bekalan asas mapan kepada sektor industri.

Sementara itu, Ewon berkata terdapat keperluan menambah kawasan perindustrian serta menyemak semula dasar pembangunan taman perindustrian di Sabah.

“Ini penting dalam memastikan taman perundustrian ini mampu berfungsi sebagai pembangun ekonomi negeri,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan