AM

MCMC Pantau Kandungan Parodi Libatkan GISBH - Teo

21/09/2024 02:38 PM

KULAI, 21 Sept (Bernama) -- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) giat memantau kandungan media sosial membabitkan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) termasuk video lagu yang ditularkan dan dijadikan parodi oleh segelintir masyarakat. 

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata sehubungan itu pihaknya akan bekerjasama dengan mana-mana agensi yang bertanggungjawab menyiasat kumpulan berkenaan sekiranya terdapat permintaan.

"Antara tindakan yang boleh diambil adalah menurunkan hantaran berkenaan (parodi). Pada masa sama kita meminta orang ramai mendengar nasihat pihak berkuasa seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), polis dan lain-lain.

"Kalau kami terima laporan berhubung perkara itu, kami akan ambil tindakan," katanya kepada pemberita selepas melawat Tapak Infrastruktur Komunikasi JENDELA fasa satu di Felda Inas di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan masyarakat menjadikan isu melibatkan GISBH sebagai bahan parodi atau jenaka di pelbagai platform media sosial ketika ini.

Baru-baru ini lagu nyanyian ahli kumpulan terbabit termasuk melibatkan pengasas Al-Arqam tular di media sosial sehingga mendapat perhatian sejumlah masyarakat di negara ini. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan