AM

Jualan Bazar, Pesta Deepavali 2024 Di Little India Melaka Bermula 16 Okt Ini

03/10/2024 10:51 AM

MELAKA, 3 Okt (Bernama) -- Kemeriahan sambutan perayaan pesta cahaya di negeri ini bakal diserikan dengan acara tradisi penganjuran jualan bazar dan Pesta Deepavali di Little India Melaka di Jalan Bendahara pada 16 hingga 30 Okt ini, dengan sasaran 30,000 pengunjung.

Exco Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri Datuk VP Shanmugam berkata tahun lepas pihaknya berjaya mencapai sasaran 20,000 pengunjung, namun tahun ini sasarannya dinaikkan selaras dengan penganjuran Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

"Sebanyak 50 gerai jualan juga disediakan terutama kepada penganut agama Hindu mencari kelengkapan sebagai persiapan menyambut Deepavali hujung bulan ini," katanya kepada pemberita di sini malam tadi.

Beliau berkata sempena Pesta Deepavali itu juga akan dimeriahkan dengan beberapa program termasuk yang menonjolkan kebudayaan dan tradisi masyarakat India.

"Antara program dirancang ialah pertunjukan memasak makanan tradisi India, pertandingan membuat kolum dan lain-lain. Kita harap pesta ini ia akan akan merancakkan lagi aktiviti pelancongan sempena TMM2024 di samping membantu usahawan meningkatkan pendapatan” katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan