JENAYAH & MAHKAMAH

Lelaki Ditahan Marah Polis Trafik Dengan Kata-kata Kesat

03/10/2024 11:22 PM

GEORGE TOWN, 3 Okt (Bernama) -- Polis menahan seorang lelaki kerana bertindak memarahi anggota polis trafik dengan kata-kata kesat kerana tidak berpuas hati akibat dikenakan tindakan saman dalam kejadian di Lebuhraya Thean Teik, Air Itam semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt Lee Swee Sake berkata lelaki berumur 25 tahun itu ditahan di Taman Terubong Jaya, Air Itam di sini kira-kira 10.30 malam bagi membantu siasatan kes terbabit.

"Hari ini telah tular satu video menerusi aplikasi WhatsApp memaparkan seorang penunggang motosikal memarahi anggota polis trafik dengan kata-kata kesat kerana tidak berpuas hati akibat dikenakan saman selepas lelaki itu melanggar lampu isyarat merah.

"Kejadian itu berlaku pada 6.45 petang semalam di Lebuhraya Thean Teik dan pihak polis mengesahkan turut menerima satu laporan polis daripada anggota trafik berkenaan semalam," katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata lelaki itu kini direman selama tiga hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan