AM

Eksesais HARINGGAROO: Penduduk Diminta Tidak Berburu Di Kawasan Latihan

04/10/2024 04:36 PM

SIBU, 4 Okt (Bernama) -- Briged Kesembilan Infantri Malaysia akan melaksanakan Eksesais HARINGGAROO Siri 74/2024 di antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Darat Australia (TDA) mulai 17 hingga 31 Oktober 2024.

Latihan bilateral Batalion Ketiga Rejimen Renjer Diraja (TDM) dan Rifle Company Butterworth (TDA) itu akan dilaksanakan di kawasan am Sibu-Stapang-Nanga Sekuau.

Sehubungan itu, Divisyen Pertama Infantri Malaysia dalam satu kenyataan di sini hari ini menasihati pengguna jalan raya, pemilik kawasan ladang, kebun dan penduduk setempat agar tidak melakukan sebarang aktiviti pemburuan binatang atau lain-lain aktiviti di kawasan latihan.

Ini bagi menjamin keselamatan latihan yang dilaksanakan.

Panglima 9 Briged Infantri Malaysia Brig Jen Ahmad Norzaini Badrun mengatakan bahawa objektif utama latihan adalah bagi mengeratkan lagi hubungan di antara TDM dan TDA dalam memperkasakan latihan bersama.

Beliau memohon warga tempatan dan penduduk kampung di sekitar kawasan latihan supaya memberi kerjasama baik kepada pasukan tentera yang sedang berlatih.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan