AM

Pembinaan 20 Unit Pam Tambahan Di Kelantan Dijangka Siap Ogos 2025 - Mohamad

27/10/2024 02:31 PM

PASIR PUTEH, 27 Okt (Bernama) -- Pembinaan 20 unit pam tambahan bernilai RM20 juta yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini, dijangka siap dan mula beroperasi pada Ogos 2025, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Beliau berkata perolehan projek berkenaan yang sudah bermula, turut melibatkan pembinaan tapak pam yang sesuai bagi membolehkannya berfungsi dengan baik.

"Sebelum ini Rumah Pam Kemubu mengalami masalah untuk menyedut air apabila paras air rendah akibat berlaku kemarau.

"Kita harap projek ini berjalan dengan lancar mengikut jadual untuk memastikan proses penanaman padi di kawasan seliaan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu tidak terjejas pada masa akan datang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan watikah kepada 48 Ketua Tani Kumpulan Pengguna Air Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Kemasin Semerak 2024 di Tok Bali, di sini hari ini.

Sebelum ini, Anwar mengarahkan supaya pembelian 20 unit pam air membabitkan nilai RM20 juta untuk kegunaan di Kelantan disegerakan berikutan berdepan masalah musim kemarau berpanjangan.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan